Wednesday, April 30, 2008
Epal Bun
Bahan Ban Manis
[A]
480 g tepung roti
120 g tepung gandum
110 g gula
10 g garam
20 g tepung susu
4 sudu teh yis segera
[B]
1 biji telur
300 ml air sejuk [tapi MamaFaMi gunakan air suam]
[C]
60 g mentega
Cara-Cara:
- Tepung + yeast, gaul rata.
- Garam + gula + butter dalam periuk. Bila dah cair, masukkan air. Biar suam.
- Tuangkan larutan ke dalam tepung, sikit demi sedikit dan uli hingga lembut.
- Masukkan bekas berisi doh dalam beg plastik dan biar doh naik double it's size.
- Bila dah naik, uli semula. Lepas tu ponjotkan jadi bebola kecil, ikut saiz yg disukai. Susun dalam greased pan. Biarkan naik lagi.
Bahan Inti Epal
[A]
400 g epal [potong kiub atau kepingan nipis]
150 g gula
1/8 sudu teh garam
110 ml air
1 sudu besar jus limau atau lemon
[B]
40 g tepung jagung
40 ml air
[C]
20 g butter
Cara - cara
1. Masakkan [A] sehingga mendideh. Campurkan [B] dan terus masakkan sehingga pekat.Alihkan dari dapur dan tambahkan [C] dan kacau sehingga sebati. Sejukkan.
Cara Menbuat Ban Epal
1.Canaikan doh dan bentukkan 4segi bujur [14 sm x 12 sm]. Letakkan inti epal ditengah doh yg dileperkan/canaikan dan dihujung yg lagi satu potong bahagian tepi dengan pisau saperti satu jaluran.
2. Lipatkan hujung yg tidak dipotong keatas inti epal. Lipatkan lagi hujung yg dipotong keatas hujung yg telah terletak atas inti epal tadi.
3. Susunkan doh yg siap dalam loyang selama 45 mnit atau sehingga naik sekali ganda.
4. Bakar pada suhu 190'C selama 12 - 15 minit. Keluarkan dan sapukan mentega cair untuk mengilatkannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment